Selasa, 04 Mei 2010

PERKABELAN DI DALAM RANGKAIAN KOMPUTER

PERKABELAN DI DALAM RANGKAIAN KOMPUTER

Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan.

Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalan rangkaian ialah seperti:
1 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair ? UTP)
2 Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair ? STP)
3 Kabel Sipaksi (Coaxial )
4 Kabel Fiber Optik
5 Penghantaran tanpa Wayar (Wireless Transmission)

KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL (UTP)
Kabel Pasangan Berpintal (Twisted Pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu berlapik (shielded) dan tidak berlapik (unshielded). Kabel tidak berlapik pasangan
berpintal (unshielded twisted pair- UTP) merupakan jenis kabel yang paling popular
dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah.

Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir atau dari peranti bereletrik yang lain. EIA/TIA(Electronic Industry Association/Telecommunication Industry Association) telah mengiktiraf mutu dan standard UTP dan memberikan lima kategori utama.
Kategori Kegunaan
Kategori 1 Suara sahaja (talian telefon)
Kategori 2 Data ke 4 Mbps (Local Talk)
Kategori 3 Data ke 10 Mbps (Ethernet)
Kategori 4 Data ke 20 Mbps (16 Mbps Gelang Token)
Kategori 5 Data ke 100 Mbps (Ethernet Pantas)

Perbedaan di antara kategori-kategori di atas ialah dari segi pintalan yang ketat bagi setiap pasangan wayar. Pintalan yang ketat berfungsi menyokong kadar penghantaran yang lebih bermutu walaupun melibatkan kos yang lebih tinggi.

PENYAMBUNG KABEL TIDAK BERLAPIK PASANGAN BERPINTAL ( UNSHIELDED TWISTED PAIR CONNECTOR)
Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal ialah RJ-45 connector. Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungkan dari hanya satu hala (sisi) sahaja. RJ bermakna Registered Jack yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian telefon.
Satu kekurangan kabel UTP ini ialah ia mudah terpengaruh dengan gelombang frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Kabel berlapik pasangan berpintal ini amat sesuai untuk persekitaran yang mempunyai banyak gelombang frekuensi alat elektrik. Namun begitu, lapik yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar. Kabel jenis ini sesuai digunakan pada rangkaian yang menjalankan topologi Gelang Token.

KABEL KOAKSIAL (COAXIAL)
Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik p intalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan sebagainya.
Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal.
Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter. Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.
Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet.
Angka 5 mewakili segmen maksima iaitu 500 meter. Kabel koaksial ini mempunyai penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang lebih besar terutama pada topologi linear bas. Namun begitu, kekurangan kabel ini ialah ia amat sukar untuk dibengkokkan dan ini turut menyukarkan proses kemasukan (install).

PENYAMBUNG KABEL KOAKSIAL
Penyambung yang paling sesuai digunakan dengan kabel koaksial ialah Bayone-Neil-Councelman (BNC). Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambung BNC dan ini termasuklah T-connector, barrel connector dan pemula dan pemutus litar (terminator). Penyambung bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu rangkaian. Bagi mengelakkan masalah dengan sesuatu rangkaian, eloklah menggunakan BNC yang mudah dikacipkan dan bukan diskrukan kepada kabel.

FIBER OPTICS (GENTIAN OPTIK)
Gentian optik merupakan teknologi yang menggunakan gelas(atau pelatik), carikan gentian untuk menghantar data. Kabel gentian optik ini terdiri daripada carikan kaca, setiap carikan kaca ini mampu menghatar maklumat yang berbentuk gelombang cahaya.
Gentian optik mempunyai banyak kelebihan berbanding kabel besi :
Gentian optik boleh menghantar lebih banyak data berbanding kabel besi, kerana gentian optik mempunyai lebih banyak bandwith berbanding dengan kabel besi.
Gentian optik lebih ringan dari kabel besi.
Data boleh dihantar dalam bentuk digital daripada menghantar dengan menggunakan kabel besi yang menghantar data dalam bentuk besi.
Masalah yang utama kabel gentian optik ialah, kabel ini mahal untuk membuat operasi ?install?. Kabel gentian optik ini, susah untuk berbentuk.
Kabel gentian optik ini popular dalam penggunaan topoligi LAN. Banyak syarikat telipon sedang menggantikan talian telipon lama dengan kabel genian optik. Pada masa depan, hampir semua peralatan komunikasi akan menggunakan gentian optik.

TRANMISI TANPA KABEL
Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan tranmisi atau penghantaran tanpa kabel. Penghantaan cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi atau sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja dan fail pelayan. Setiap stesen kerja dan fail pelayan yang mempunyai rangkaian tanpa kabel biasanya mempunyai satu penghantar isyarat atau antena bagi membolehkan data dihantar dan diterima. Informasi digilirkan di antara penghantar-terima seperti ia benar-benar bersambung secara fizikal. Bagi jarak yang lebih jauh komunikasi tanpa kabel boleh juga dijalankan melalui penggunaan telefon selular atau melalui satelit.
Rangkaian sebegini sangat sesuai bagi menghubungkan komputer laptop atau komputer mudahalih dengan LAN. Rangkaian tanpa kabel begini amat sesuai dijalankan di bangunan-bangunan yang lama di mana perkabelan sukar untuk dijalankan.
Namun begitu, transmisi tanpa kabel begini ada juga kekurangannya. Kos yang diperlukan adalah tin ggi, keselamatan tidak begitu menyakinkan dan mudah tergugat dengan kehadiran gelombang frekuensi tinggi radio dan cahaya.

BEBERAPA TIPS PERKABELAN
Terdapat beberapa peraturan yang perlu diingat sebelum menjalankan perkabelan bagi sesuatu rangkaian. Di antara perkara tersebut ialah:
1 Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari yang diperlukan. Jangan
terlalu longgar atau terlalu tegang kabel tersebut.
2 Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel. Walaupun
kabel yang baru tidak semestinya ia tidak bermasalah dan adalah lebih sukar
untuk mengesan masalah tersebut nanti.
3 Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan lain yang
bergelombang elektrik.
4 Jika perlu memasang kabel merentangi lantai, tutuplah kabel tersebut dengan
penutup kabel yang selamat.
5 Labelkan kedua-dua permula dan penghujung kabel.
6 Gunakan pengikat kabel yang betul dan bukannya pengikat kabel plastik
(contohnya selotep) bagi mengekalkan kabel pada kekudukannya yang sebenar.

Sumber : info komputer

Tidak ada komentar:

Posting Komentar